Pengenalan Daulah Educonsult

logode

Daulah Educonsult

                                                                                                                                                                        

Pengenalan

Daulah Educonsult adalah sebuah syarikat berdaftar yang dibina atas semangat dan keyakinan terhadap dunia pendidikan. Pendidikan dan pengajaran hari ini merupakan sebuah elemen yang sangat penting dalam usaha menyusun ketamadunan seiring mengikuti perkembangan zaman.

Daulah Educonsult percaya bahawa pendidikan dan pengajaran adalah hak yang wajar dikongsi oleh semua insan. Kepercayaan inilah yang dipegang oleh Daulah Educonsult dalam menabur bakti di dalam bidang ini.


Latar Belakang

Daulah Educonsult terinspirasi dari pengalaman manis dan pahit yang telah dialami pengasasnya iaitu Syed Fuad Syed Othman selama menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Pengalaman menikmati suasana pembelajaran di Mesir merupakan pengalaman yang sangat unik.

Keunikan Mesir amat terserlah dari pelbagai sudut. Jika di Universiti Al-Azhar kita dapat melihat keunikan komuniti pelajar yang datang dari pelbagai negara dari serata penjuru dunia. Pengaruh Mesir di benua Afrika dan Negara-negara Arab menjadikan Mesir semakin istimewa. Bagi komuniti pelajar Malaysia di Mesir pula, keunikan mula menjadi semakin berwarna-warni apabila para pelajar dari bidang sains seperti perubatan, pergigian, farmasi hidup bersama-sama dengan mereka yang mempelajari bidang-bidang agama dan bahasa Arab.

Bermula dari pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kepimpinan organisasi pelajar selama di Mesir, pengasasnya mula memerhati dan mendalami suasana sosiobudaya di Mesir. Semangat membantu pelajar-pelajar baru ketika itu berkembang dan terus berkembang. Pada tahun 2008, pengasas Daulah Educonsult telah dilantik menjadi Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQ Mesir. Sebagai wakil syarikat tersebut di Mesir, beliau telah membina hubungan baik dengan universiti-universiti di Mesir. Peluang tersebut benar-benar membantu beliau untuk menguasai selok-belok birokrasi dan prosedur pendaftaran pelajar ke universiti-universiti di Mesir.

Pada tahun 2012, sepulangnya beliau dari Mesir, berbekalkan 4 tahun pengalaman mengurus pendaftaran dan penempatan pelajar, Daulah Educonsult ditubuhkan bagi merealisasikan impian beliau dalam bidang pendidikan ini.


Perkhidmatan

Daulah Educonsult memulakan langkah awal dengan menyediakan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi syarikat ini dalam memberikan khidmat nasihat.

Khidmad nasihat ini akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.


Institusi Pengajian dan Bidang Pengajian

Ramai dikalangan lepasan SPM atau yang setara dengannya menghadapi kebingungan untuk memilih bidang pengajian dan tempat pengajian. Kebingungan itu muncul mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keputusan peperiksaan, maklumat mengenai bidang pengajian dan juga maklumat mengenai institusi pengajian.

Daulah Educonsult amat sukacita untuk membantu mereka yang menghadapi masalah seperti ini.

Daulah Educonsult juga menawarkan khidmat pendaftaran bagi beberapa bidang pengajian di beberapa institusi pengajian, sebagai berikut :

Bidang Perubatan :

  1. 1.Universiti Al-Azhar
  2. 2.Universiti Zaqazig
  3. 3.Universiti Tanta
  4. 4.Universiti Mansoura
  5. 5.Universiti Alexandria

Bidang Pergigian :

  1. 1.Universiti Al Azhar
  2. 2.Universiti Tanta
  3. 3.Universiti Alexandria

Bidang Farmasi :

  1. 1.Universiti Zagazig
  2. 2.Universiti Alexandria

Bidang Pengajian Islam (Ulum Islamiah )  :

  1. 1.Universiti Al-Azhar